KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan menghampakan rakyat Sarawak atas sokongan mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, GPS berjaya memenangi 23 kerusi daripada 31 kerusi Parlimen yang dipertandingkan berbanding hanya 18 kerusi pada PRU-14.
"Mandat besar ini menunjukkan keyakinan rakyat kepada Kerajaan GPS untuk terus menerajui kepimpinan Sarawak dalam mempertahankan hak-hak Sarawak dan membangunkan sosioekonomi demi rakyat," katanya dalam ucapan penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini.
Abang Johari yakin, kejayaan GPS ini akan membolehkan suara rakyat Sarawak yang lebih kuat dalam Parlimen dan juga Kerajaan Perpaduan demi memperjuangkan kepentingan Sarawak.
Katanya, sebagai parti tempatan yang diwakili oleh masyarakat berbilang kaum Sarawak, GPS adalah satu-satunya parti yang ikhlas dan mengutamakan Sarawak.
Sumber dari : Jiwa Bakti